Lencana Sekolah



BENTUK :
Logo berbentuk perisai yang terbahagi tiga melambangkan ketahanan diri pelajar dalam menjadi insan dan pelajar yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara serta taat setia kepada negara serta mengamalkan nilai-nilai murni.


NAMA SEKOLAH :
Ditulis pada latar belakang warna putih melambangkan keikhlasan dan kesungguhan memperjuangkan dan meningkatkan nama sekolah.


WARNA KUNING :
Melambangkan taat setia kepada raja dan pemerintah.


WARNA MERAH :
Melambangkan keberanian dan ketegasan diri menempuh cabarab dan dugaan semasa menimba ilmu.


TIGA ROTAN BERTINDIH :
Lambang kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.


CAKERAWALA :
Lambang kesatuan warga sekolah yang berbilang kaum memajukan masyarakat menuju era globalisasi.


BENTUK GEOMETRI :
Lambang kepesatan teknologi.


BUKU :
Lambang keazaman dan tekad untuk menimba ilmu sepanjang hayat.


COGANKATA :
HIDUP BERILMU BERBAKTI, mengharapkan agar individu pelajar hidup dalam keadaan berilmu.Dengan ilmu yang telah dipelajari, dapat pula berbakti terhadap orang lain.




Keterangan lencana sekolah telah diilhamkan oleh; En. Abd Aziz bin Mohd Darus (SMKKS 2000-2009)