Sejarah Sekolah

        Sejarah sekolah ini telah bermula dalam tahun 1965 apabila sebuah sekolah bercirikan rumah melayu tradisional didirikan di Felda Gedangsa oleh penduduk kampung secara bergotong-royong. Bangunan sederet satu blok itu dinamakan Darjah Menengah Gedangsa dan pengetua pertama ialah En. Kasim Khan b. South Khan. Beliau mentadbir sekolah ini dari bulan Januari 1965 hingga Disember 1971. Dalam era beliau juga, sekolah ini telah ditukar namanya menjadi Sekolah Menengah Sungai Dusun sebaik sahaja berpindah ke Felda Sungai Dusun.

        Pada 18 Mac 1970, Presiden Soeharto dari Indonesia telah melakukan lawatan ke Felda Sungai Dusun untuk melihat keberkesanan Program Pembangunan Luar Bandar di bawah pengurusan felda (LKTP) yang diilhamkan oleh kerajaan Malaysia. Sempena dengan kunjungan beliau, nama Sungai Dusun telah ditukar kepada Felda Soeharto dan turut membawa penukaran nama sekolah seperti mana pada hari ini. dari semasa ke semasa, banguna sekolah telah ditambah dan mengaami perubahan selaras dengan perkembangan zaman juga menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah dari Felda Sungai Tengi, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto. Pada tahun 1971, SMKKS sekali lagi telah dilawati oleh orang kenamaan iaitu DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor yang ke-lapan.

        Pada bulan Januari 1972, SMKKS mula ditadbir oleh pengetua yang kedua iaitu En.Mohd Alim b. Ibrahim yang berkhidmat disekolah ini sehingga Disember1979. Beliau digantikan oleh En.Mohd Hanif b. Taif, iaitu pengetua yang ketiga berkhidmat dari Januari 1982 hingga April 1982. SMKKS terus berkembang maju dan dipermodenkan atas inisiatif kerajaan yang memberi status sekolah bantuan penuh kerajaan. serentak dengan itu juga, tiga blok baru iaitu B,C dan D telah didirikan.Walaubagaimanapun, mulai tahun 1982 juga para pelajar dari Felda Gedangsa tidak lagi bersekolah di SMKKS kerana mereka mempunyai sekolah sendiri di Felda Gedangsa.

        Kecemerlangan sekolah ini telah diteruskan oleh pengetua selepas itu iaitu En. Bajury b. Markum iaitu pengetua yang keempat (April 1982 hingga April 1985), pengetua yang kelima pula ialah En. Suhaimi b. Razikin (April 1985 hingga April 1987), pengetua yang keenam iaitu En. Sukor b. Ali (November 1987 hingga April 1993), pengetua yang ketujuh iaitu En.Mohd Dali b. Mat (April 1994 hingga Disember 1995), pengetua yang kelapan iaitu YM Raja Mohammad b. Raja Abdullah (20 Disember 1995 hingga 31 Disember 2000), pengetua yang kesembilan iaitu Tuan Hj. Shafie b. Syed Mansor (1 Januari 2001 hingga 16 Ogos 2001), pengetua yang kesepuluh iaitu  En. Ikhsan b. Othman (21 September 2001 hingga 30 Mac 2002), pengetua yang ke 11 iaitu Tuan Hj. Wan Tahir b. Wan Ibrahim (16 April 2003 hingga April 2007), pengetua yang ke 12 iaitu Tuan Hj. Mohammed Saballah b. Taib (16 Mei 2007 hingga 15 Februari 2009), seterusnya  ialah En. Adam Sukarno b. Hj Mansor dari 16 Februari 2009 sehingga ke hari ini.